
Dengan penuh kesyukuran, Kelas Harmoni Mualaf (KHM) KDMRS Muslim di Surau An-Nur, Kg. Longob telah berlangsung dengan suasana yang positif dan memberangsangkan.
Pada sesi pembelajaran kali ini, beberapa pencapaian membanggakan telah dicapai oleh para pelajar. Tahniah diucapkan kepada Kak Bibie yang telah meningkat ke Iqra 2, Kak Amy ke Iqra 3, serta Adik Syifa ke Iqra 2. Peningkatan ini mencerminkan usaha berterusan dan kesungguhan mereka dalam mempelajari bacaan Al-Quran.
Diharapkan semua pelajar terus istiqamah dalam pembelajaran Iqra serta kekal bersemangat dalam menimba ilmu agama dari semasa ke semasa.
Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan juga kepada para pelajar yang telah membawa juadah pada sesi kelas ini. Semoga segala kebaikan dan rezeki yang dikongsi diberkati dan dilipatgandakan oleh Allah SWT.
