
Alhamdulillah, pada pagi tadi, Pegawai Outreach Keningau, Ustazah Kurima Majin, bersama dengan Ustaz Muhd Fadhli Wohanis, Pegawai HCF Keningau, telah mengajar dan menyantuni asnaf dalam pembelajaran Al-Quran di Pejabat Hidayah Center Foundation Keningau.
Mereka juga berkesempatan mendengar perkongsian dari Mak Cik Waida yang baru saja kembali dari tanah suci Baitullah Makkah setelah menjalani umrah. Beliau merencanakan untuk kembali ke sana awal tahun depan kerana merindukan Baitullah. MasyaAllah, nasihat dari beliau menyentuh hati, “Tidak akan pernah ada istilah sia-sia walaupun sekecil mana pun amal soleh itu dikerjakan, yang penting ikhlas kerana Allah. Pasti pertolongan Allah akan datang tanpa disangka-sangka.”
Kami mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan sokongan dari semua pihak yang telah membantu menjayakan aktiviti ini. Semoga Allah SWT membalas dengan ganjaran yang terbaik. Teruskan menyokong usaha kebaikan dan pembelajaran agama.