
đ
11 & 18 Jun 2025
đ Kampung Bahab, Layo-Layo, Ranau.
Alhamdulillah, Kelas Harmoni Mualaf (KHM) bagi kawasan Ranau telah berlangsung seperti biasa pada 11 dan 18 Jun yang lalu di Kampung Bahab, Layo-Layo. Kehadiran para pelajar yang konsisten serta semangat mereka dalam menimba ilmu amatlah dihargai dan membanggakan.
Setiap pertemuan bukan sekadar sesi pembelajaran, tetapi juga medan memperkukuh ukhuwwah, memperdalam kefahaman Fardhu Ain, serta menyemai cinta terhadap agama Islam.
Syukur atas kehadiran dan komitmen semua pihak. Moga setiap ilmu yang dipelajari menjadi cahaya petunjuk dalam kehidupan, menyuburkan hati dengan iman, dan membawa keberkatan buat seluruh komuniti mualaf di pedalaman Ranau.