Kelas Harmoni Mualaf

KDMRS Muslim, Ustazah Amimi
8 8 people viewed this event.

📅 17 Jun 2025
📍 Surau Al-Falah, Kampung, Linukaan, Kota Marudu.

Alhamdulillah, sesi Kelas Harmoni Mualaf (KHM) hari ini berjalan dengan lancar seperti biasa di Surau Al-Falah, Kg. Linukaan. Suasana pembelajaran berlangsung dalam keadaan penuh semangat dan mesra.

Istimewanya hari ini, turut diadakan mesyuarat khas bersama para pelajar KHM, yang bertujuan untuk memperkukuh komunikasi, semangat kerjasama dan hala tuju program KHM setempat. Alhamdulillah, perbincangan melalui kaedah syura berjalan dengan harmoni dan keputusan dicapai secara sepakat. Salah satu hasil mesyuarat ialah cadangan untuk mengadakan Program Sambutan Hari ‘Asyura’ secara bersama, insya-Allah.

Kesepakatan ini menunjukkan semangat kebersamaan dalam kalangan pelajar KHM dan menjadi satu langkah positif ke arah membina komuniti mualaf yang lebih aktif, berdikari dan terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

 

Date And Time

17/06/2025
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Gandakan Pahala dengan