Iftar Pedalaman – Surau Al-Qadim, Kg Pinangkau, Paitan, Pitas

KDMRS Muslim
56 56 people viewed this event.

5 Mac 2026 |Surau Al-Qadim, Kg Pinangkau, Paitan, Pitas, Sabah

Alhamdulillah, program Majlis Iftar Mualaf Pedalaman Sabah telah berlangsung dengan penuh keberkatan di Surau Al-Qadim, Kg Pinangkau.
Sebelum majlis bermula, para sukarelawan dan penduduk setempat membuat persiapan bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar.

Majlis dimulakan dengan pengendalian oleh Ustaz Syukri Jean sebagai pembuka program. Ucapan alu-aluan daripada wakil Surau Al-Qadim kepada pihak KDMRS Muslim sebagai tanda penghargaan atas kehadiran dan sokongan kepada komuniti mualaf di kawasan pedalaman.

Ucapan daripada Ketua Tim C, Puan Alya Humaira, yang berkongsi tujuan program serta kepentingan sokongan berterusan kepada saudara baru. Selanjutnya, tazkirah Ramadan disampaikan oleh Ustaz Syukri Jean, memberikan pengisian rohani serta peringatan tentang keindahan Islam dan kelebihan bulan Ramadan.

Semoga majlis ini menjadi medan ukhuwah, memberi kekuatan iman kepada para mualaf serta mengeratkan hubungan antara sukarelawan dan masyarakat setempat. Terima kasih kepada semua penyumbang dan sukarelawan yang menjayakan program ini.

 

 

Date And Time

05/03/2026 @ 12:00 AM to
05/03/2026 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

Share With Friends

Scroll to Top

Gandakan Pahala dengan