Iftar Pedalaman – Surau Al-Mustaqim, Kampung Kayau, Papar, Sabah

KDMRS Muslim
16 16 people viewed this event.

24 Februari 2026 | Surau Al-Mustaqim, Kampung Kayau, Papar.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐈𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐌𝐔𝐀𝐋𝐀𝐅 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟕/𝟐𝟎𝟐𝟔.

Majlis dimulakan dengan kehadiran para peserta dan komuniti setempat yang berkumpul di surau tersebut sebelum program rasmi bermula. Pengisian awal dimulakan dengan sesi tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Nicholas Sylvester, yang menyampaikan nasihat serta motivasi kepada para hadirin mengenai kepentingan memperkukuhkan iman dalam kehidupan seharian.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang menambahkan lagi suasana keberkatan sepanjang program berlangsung. Program kemudian disusuli dengan ucapan serta perasmian rasmi oleh Nicholas Sylvester sebagai simbolik pembukaan majlis.

Apabila masuk waktu berbuka puasa, para hadirin bersama-sama membaca doa dan menikmati juadah berbuka ringan sebelum menikmati jamuan makan utama yang telah disediakan dalam suasana penuh kekeluargaan.

Program diakhiri dengan sesi penyerahan sumbangan kepada para mualaf yang hadir sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada komuniti tersebut. Diharapkan penganjuran program seperti ini dapat terus memperkukuhkan hubungan silaturahim serta memberi manfaat kepada komuniti mualaf di kawasan pedalaman Sabah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Date And Time

24/02/2026 @ 12:00 AM to
@ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Gandakan Pahala dengan