Iftar Pedalaman – Surau Al-Mukminin, Tenom, Sabah

KDMRS Muslim
6 6 people viewed this event.

04 Mac 2026 | Surau Al-Mukminin, Kg. Seri Menanti, Tenom Sabah

Majlis Iftar Mualaf di pedalaman Sabah telah diadakan di Surau Al-Mukminin, Kampung Seri Menanti, Tenom. Program ini menghimpunkan komuniti setempat bersama rombongan KDMRS Muslim dalam suasana penuh ukhuwah dan kebersamaan sepanjang bulan Ramadan.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ust. Dzulfikry Dumatin, Pengarah Jabatan Operasi KDMRS Muslim. Program diteruskan dengan sesi berbuka puasa bersama mualaf dan penduduk kampung, diikuti solat Isyak dan Tarawih berjemaah.

Sebagai sebahagian daripada aktiviti kebajikan Ramadan, turut diadakan penyerahan sumbangan kepada golongan asnaf, bagi membantu mereka yang memerlukan di kawasan pedalaman.

Program ini bertujuan mengukuhkan ukhuwah, menyantuni komuniti mualaf serta menyemarakkan amalan kebajikan di pedalaman Sabah.

1. https://www.facebook.com/share/p/1KnU65ZgQq/
2. https://www.facebook.com/share/p/181i1mHKRu/
3. https://www.facebook.com/share/p/1Bp8hAcsw4/
4. https://www.facebook.com/share/p/1CanfCqmDY/
5. https://www.facebook.com/share/p/1KnLXsa7bH/
6. https://www.facebook.com/share/p/1AjkZ4oeac/
7. https://www.facebook.com/share/p/1BSP23cMbC/

 

Date And Time

04/03/2026 @ 12:00 AM to
04/03/2026 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Gandakan Pahala dengan