Iftar Pedalaman – Pusat Giat Kelas Bimbingan Saudara Kita Daerah Kunak, Sabah

KDMRS Muslim
8 8 people viewed this event.

5 Mac 2026 | Pusat Giat Kelas Bimbingan Saudara Kita Daerah Kunak, Sabah

Program Majlis Iftar Mualaf Pedalaman Sabah anjuran KDMRS Muslim diteruskan di Pusat Giat Kelas Bimbingan Saudara Kita Daerah Kunak sebagai Lokasi Lapan bagi Team A dalam siri program Ramadan di kawasan pedalaman Sabah.

Program dimulakan dengan sesi kehadiran tetamu sebelum diteruskan dengan sesi tazkirah Ramadan yang memberikan pengisian rohani kepada para peserta dan komuniti mualaf setempat.

Majlis turut diserikan dengan ucapan daripada Tuan Haji Nicholas Sylvester yang menzahirkan sokongan terhadap usaha memperkukuhkan ukhuwah serta pembangunan komuniti Saudara Kita di daerah Kunak.

Seterusnya, para hadirin menikmati sesi berbuka puasa ringan dalam suasana penuh kebersamaan, diikuti sesi bergambar kenangan bersama para tetamu dan peserta program.

Program diakhiri dengan sesi penyerahan sumbangan kepada para mualaf dan golongan asnaf, sebagai tanda keprihatinan serta sokongan kepada komuniti di kawasan pedalaman Sabah.

1. https://www.facebook.com/share/p/17C1jqfgcX/
2. https://www.facebook.com/share/p/1DU3iaL2wf/
3. https://www.facebook.com/share/p/189YeB929z/
4. https://www.facebook.com/share/p/1BcThvFuCL/
5. https://www.facebook.com/share/p/18Be96792G/
6. https://www.facebook.com/share/p/1BJ2fXWT6W/

 

Date And Time

05/03/2026 @ 12:00 AM to
05/03/2026 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Gandakan Pahala dengan