
23 Februari 2026 | Lumat Centre 2, Beaufort, Sabah
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐈𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐌𝐔𝐀𝐋𝐀𝐅 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟕/𝟐𝟎𝟐𝟔.
Alhamdulillah, telah berlangsung lokasi pertama Majlis Iftar Mualaf Pedalaman Sabah anjuran KDMRS Muslim di Beaufort yang menghimpunkan saudara-saudara mualaf untuk bersama-sama merasai kemeriahan Ramadan dalam suasana ukhuwah dan kasih sayang.
Program dimulakan dengan ketibaan para tetamu dan peserta, diikuti dengan sesi tazkirah Ramadan serta bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai pengisian rohani kepada para hadirin. Majlis turut diserikan dengan ucapan dan perasmian oleh Nicholas Sylvester, yang menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta menekankan kepentingan sokongan berterusan kepada komuniti mualaf.
Seterusnya, para peserta bersama-sama menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum menikmati jamuan berbuka puasa yang telah disediakan. Program diteruskan dengan solat Isyak dan solat Tarawih secara berjemaah, sekali gus memberi peluang kepada para mualaf untuk merasai kemeriahan ibadah Ramadan dalam suasana kebersamaan dan persaudaraan Islam.
Majlis diakhiri dengan sesi penyerahan sumbangan kepada para mualaf sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap kebajikan mereka. Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya dalam memperkukuhkan hubungan silaturahim, meningkatkan penghayatan Ramadan serta memberi dorongan kepada komuniti mualaf untuk terus istiqamah dalam kehidupan sebagai seorang Muslim.
