Harmony to Outreach (H2O): Hentikan Buli di Papar

KDMRS Muslim
5 5 people viewed this event.

Dalam usaha menyemai kesedaran sosial yang lebih berterusan, satu inisiatif turun padang telah dilaksanakan melalui program Harmony to Outreach (H2O): Hentikan Buli di sekitar pekan Papar, Sabah.

Program kolaborasi antara Hidayah Centre Foundation (HCF) Papar dan KDMRS Muslim ini memberi penekanan kepada mesej penting bahawa Islam menolak segala bentuk buli — sama ada secara fizikal, lisan mahupun emosi.

Melalui pendekatan santai dan mesra masyarakat, para sukarelawan turun menyantuni orang ramai sambil menyampaikan mesej:

1. Islam menolak budaya buli dalam apa jua bentuk
2. Buli bukan sekadar tindakan fizikal, tetapi juga kata-kata dan label yang menyakitkan
3. Setiap Muslim adalah saudara, bukan musuh

Kempen ini turut berteraskan firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat ayat 11 yang jelas melarang perbuatan menghina, mengejek serta merendahkan orang lain. Nilai kasih sayang, hormat-menghormati dan menjaga maruah sesama insan menjadi asas utama dalam membina masyarakat yang harmoni.

Selain itu, hadis Nabi SAW turut mengingatkan bahawa seorang Muslim tidak menzalimi saudaranya dan tidak membiarkan saudaranya dizalimi. Ini menjadi panduan penting dalam membentuk sikap dan tindakan kita dalam kehidupan seharian.

Program ini bukan sekadar kempen kesedaran, tetapi satu usaha membentuk masyarakat yang lebih prihatin, berakhlak dan saling menjaga antara satu sama lain.

Semoga inisiatif kecil ini menjadi pencetus kepada perubahan yang lebih besar dalam membanteras budaya buli serta menyemai nilai rahmah dalam kehidupan bermasyarakat.

Ayuh, kita jadi generasi yang mengangkat maruah insan, bukan menjatuhkannya.

 

 

Date And Time

25/08/2025 @ 12:00 AM to
25/08/2025 @ 11:30 PM
 

Lokasi

 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah