Gotong Royong Perdana Kota Marudu

KDMRS Muslim
3 3 people viewed this event.

Alhamdulillah, Gotong-Royong Perdana sempena Sambutan Maal Hijrah telah berjaya dilaksanakan di Masjid At-Taqwa, Kota Marudu dengan semangat kerjasama dan kebersamaan yang amat baik.

Program ini telah disertai oleh pelbagai jabatan dan NGO antaranya Pejabat Daerah Kota Marudu, Majlis Daerah Kota Marudu, RELA Kota Marudu, Polis Kota Marudu, pihak Masjid At-Taqwa, PKAS, USIA, HCF Kota Marudu, wakil masjid-masjid, para imam, AJK KDMRS Muslim Kota Marudu serta pelbagai agensi dan organisasi lain.

Semangat gotong-royong yang ditunjukkan mencerminkan kekuatan ukhuwah dan komitmen bersama dalam menjayakan sambutan Maal Hijrah serta menjaga kebersihan dan keceriaan rumah Allah.

Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang hadir dan turut sama menyumbang tenaga dalam menjayakan program ini.

“Bersatu hati, mengerat ukhuwah, menyemarak syiar Islam.”

 

 

Date And Time

29/06/2025 @ 12:00 AM to
29/06/2025 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah