
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, satu program dakwah yang memfokuskan kepada pemerkasaan wanita telah berjaya dilaksanakan di Kg. Lobou Timbua, Ranau.
Program ini bertujuan membuka ruang kepada para wanita untuk lebih mengenali potensi diri, serta memperkukuh kefahaman dalam aspek agama, kekeluargaan, kebajikan dan kemasyarakatan. Melalui pendekatan yang santai dan berfokus, pelbagai pengisian telah dijalankan termasuk sesi perkongsian ilmu, motivasi, bimbingan kerohanian serta aktiviti yang mengeratkan hubungan silaturahim.
Alhamdulillah, sambutan yang diterima daripada masyarakat setempat amat memberangsangkan. Kehadiran para wanita dengan semangat yang tinggi jelas menunjukkan kesungguhan mereka untuk terus menimba ilmu dan memainkan peranan sebagai nadi penggerak dalam komuniti.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penduduk Kg. Lobou Timbua atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Semoga usaha ini menjadi titik permulaan kepada pemerkasaan wanita Islam yang lebih menyeluruh, seterusnya melahirkan masyarakat yang berilmu, harmoni dan berdaya saing.
