
Dengan penuh rasa syukur, forum “Bingkisan Kalamullah: Mengimbas Perjalanan Terjemahan Al-Quran Bahasa Dusun” telah berjaya diadakan pada Sabtu yang lepas. Panel forum ini telah dimeriahkan oleh kehadiran Tuan Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif KDMRS Muslim, Dr. Yusof Jasmin@Joseph Gimbad, Ketua Panel Penterjemah Al-Quran Bahasa Dusun, serta panel penterjemah lain seperti Ustaz Naim bin Majin, Ustaz Sulaimin bin Muhsinin, dan Ustaz Esibi bin Lakui. Forum ini telah dipandu dengan baik oleh Puan Nur Alya Humaira Usun, sekretariat Terjemahan Al-Quran Bahasa Dusun.
Selepas forum, satu lagi babak yang penting bermula dengan pelancaran dua kempen utama iaitu Kempen Tajaan Al-Quran Bahasa Dusun dan Kempen Projek Terjemahan Al-Quran 4 Bahasa Etnik (Kadazan, Murut, Rungus, Sungai). Kami mengajak anda semua untuk turut serta menyokong kempen ini demi kelancaran perjalanan terjemahan, dari proses awal sehingga kepada pengagihan. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila rujuk pautan berikut:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=633155355580618&set=pb.100066584785090.-2207520000&type=3
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=633509565545197&set=pb.100066584785090.-2207520000&type=3
Terima kasih atas sokongan anda semua!