
Bengkel Terjemahan Al-Quran
đ Sabtu | 26 April 2025
đ Masjid Daerah Putatan
KDMRS Muslim telah menganjurkan Bengkel Terjemahan Al-Quran yang menghimpunkan para penterjemah dari pelbagai latar suku kaum utama Sabah â Kadazan, Dusun, Murut, Rungus dan Sungai.
Bengkel ini menjadi titik tolak kepada usaha menyampaikan mesej suci Al-Quran dalam bahasa ibunda masyarakat pedalaman Sabah, demi memperkukuh kefahaman dan penghayatan Islam yang lebih dekat dan menyentuh jiwa.
Majlis ini turut dihadiri oleh Sahibus Samahah Datuk Ustaz Haji Bungsun Aziz bin Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah, yang juga merupakan penasihat rasmi KDMRS Muslim. Kehadiran beliau memberikan suntikan semangat dan bimbingan kepada seluruh peserta bengkel dalam memastikan terjemahan yang tepat, sahih dan penuh hikmah.