AGIHAN BAKUL MAKANAN ZAKAT – Putatan, Penampang

AGIHAN BAKUL MAKANAN ZAKAT – Putatan, Penampang
by
189 189 people viewed this event.

AGIHAN BAKUL MAKANAN ZAKAT

25 – 26 JULAI 2022 | ISNIN – SELASA | PUTATAN – PENAMPANG

Pegawai Outreach KDMRS Muslim, Ustaz Zulfiqar Jamudin dan Ustazah Farihah Izzati meneruskan misi agihan bakul makanan zakat kepada asnaf yang berkelayakan di sekitar Putatan dan juga Penampang. Turut serta menjalankan misi ialah saudari Lijah Nordin selaku sukarelawan KDMRS Muslim (gambar kedua).

Ada dalam kalangan asnaf yang tidak pernah memohon bantuan zakat berasa senang hati menerima sumbangan yang diberikan walaupun mereka berkelayakan.

Antara sumbangan yang diberikan oleh Pusat Zakat Sabah, Wisma Muis ialah sekampit beras 10 kg, telur satu tray, dan bakul makanan yang berisi barang-barang makanan seperti minyak, tepung, mi kuning, mi segera dan lain-lain. Alhamdulillah, sumbangan yang diberikan sesuai dengan keadaan ekonomi kini.

Para penerima sumbangan bakul makanan zakat dan KDMRS Muslim mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembayar zakat dan Pusat Zakat Sabah (MUIS) .

 

To register for this event please visit the following URL:

 

Date And Time

26/07/2022 12:00 AM to
11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Gandakan Pahala dengan