Menemui hidayah Allah memang merupakan sesuatu yang tidak dapat dijangka oleh mana-mana manusia. Di kalangan ramai tokoh dan personaliti dunia yang berhijrah dari agama lama mereka ke agama Islam, ada juga mereka yang datang dari golongan artis dan mereka yang terlibat secara langsung dalam dunia hiburan. Salah seorang bintang yang dimaksudkan adalah Yusuf Islam, yang pada satu ketika dulu dikenali sebagai Cat Stevens. Dilahirkan dengan nama Steven Demetre Georgiou pada 21 Julai 1948 di London, beliau mula dikenali sebagai Cat Stevens sejak tahun 1966 hingga 1978. Namanya pernah dijulang dalam arena muzik dunia dan beliau telah meraih pelbagai anugerah serta pengiktirafan. Terkenal sebagai seorang pemuzik, penyanyi, dan pencipta lagu, banyak karya ciptaannya yang menjadi siulan pencinta dunia seni pop. Namun selepas memeluk agama Islam beliau juga dikenali sebagai seorang pendidik, dermawan dan pemeluk agama Islam tersohor yang berbangsa Inggeris. Perjalanannya menemui Islam juga mempunyai sebuah kisah yang menarik. Menurut beliau, sewaktu bercuti di kota Marrakesh di Maghribi, beliau terpegun mendengar laungan azan dan bertanya apakah laungan tersebut. Ada seseorang memberitahu beliau bahawa itulah ‘muzik’ buat Tuhan. Dan di situ beliau mula bertanya pada dirinya sendiri. Muzik Buat Tuhan? Selama ini muzik yang beliau kenali hanyalah muzik untuk wang, populariti dan kuasa tapi bukan muzik untuk Tuhan. Pada tahun 1976, Stevens hampir lemas di perairan Malibu, di California, Amerika Syarikat, kemudian dia menjerit sambil berkata : “Oh, Tuhan! Jika Kau menyelamatkan aku, aku akan bekerja untuk mu.” Menurut beliau, selepas itu ombak muncul dan membawanya ke tepi pantai. Ini menguatkan pencariannya untuk menemui iman sejati. Beliau meneliti agama Buddha, ajaran Zen, I Ching, numerologi, kad tilik dan juga astrologi. Abangnya David Gordon yang baru memeluk agama Yahudi memberikannya salinan