Majlis Hari Raya Aidilfitri KDMRS Muslim 1447H/2026M

KDMRS Muslim
10 10 people viewed this event.

Alhamdulillah, Majlis Hari Raya Aidilfitri KDMRS Muslim 1447H telah berlangsung dengan meriah dalam suasana sederhana namun penuh kemesraan dan nilai ukhuwwah.

Majlis ini menghimpunkan rakan-rakan NGO, para mualaf, sukarelawan serta sahabat-sahabat KDMRS Muslim dalam satu pertemuan yang mengeratkan silaturahim dan menyatukan hati sebagai sebuah keluarga besar.

Keceriaan majlis turut dirasai apabila kanak-kanak dan para mualaf diraikan dengan pemberian duit raya sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan. Para tetamu juga disajikan dengan pelbagai juadah tradisi Hari Raya yang menambahkan lagi kemeriahan suasana.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini secara langsung mahupun tidak langsung.

Semoga Aidilfitri kali ini terus menyuburkan semangat persaudaraan, memperkukuh hubungan sesama insan dan menjadi asbab lahirnya lebih banyak kebaikan serta kasih sayang dalam masyarakat.

 

Date And Time

12/04/2026 @ 12:00 AM to
12/04/2026 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah