
Alhamdulillah, Kelas Harmoni Mualaf (KHM) pada hari ini berjalan dengan lancar dan penuh semangat.
Kehadiran pelajar-pelajar baharu yang mula celik huruf dan menyertai kelas telah menambahkan lagi keceriaan serta memeriahkan suasana pembelajaran di KHM.
Tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar atas usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan, khususnya dalam peningkatan bacaan Iqra yang semakin baik dari semasa ke semasa.
Semoga para pelajar terus diberikan kekuatan dan istiqamah dalam menuntut ilmu serta dipermudahkan perjalanan untuk lebih mendekati Al-Quran dan memahami ajaran Islam dengan lebih baik.
