Kelas Harmoni Mualaf (KHM) – Kota Marudu

KDMRS Muslim
12 12 people viewed this event.

Alhamdulillah, sesi Kelas Harmoni Mualaf (KHM) pada hari ini berlangsung dengan baik dan penuh suasana ceria di Pejabat KDMRS Muslim Kota Marudu.

Dalam sesi kali ini, para pelajar meneruskan pembelajaran bacaan Al-Quran dengan memberi tumpuan kepada bacaan terbaik dalam kalangan pelajar sebagai motivasi dan contoh kepada rakan-rakan yang lain. Syabas dan tahniah diucapkan atas kesungguhan serta peningkatan yang ditunjukkan oleh para pelajar.

Selain sesi pembelajaran, kelas turut diselitkan dengan perkongsian berkaitan isu semasa sebagai ruang untuk bertukar pandangan dan menambah kefahaman terhadap perkembangan semasa dalam masyarakat.

Suasana kelas turut menjadi lebih bermakna dengan jamuan ringan sempena sambutan Hari Raya secara sederhana yang mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara tenaga pengajar dan para pelajar.

Semoga usaha menuntut ilmu ini terus diberkati Allah SWT dan para pelajar sentiasa diberikan semangat serta kekuatan untuk terus istiqamah dalam mempelajari dan mengamalkan ajaran Islam.

 

Date And Time

22/04/2026 @ 12:00 AM to
22/04/2026 @ 11:30 PM
 

Lokasi

 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah