
Alhamdulillah, Sambutan Penutupan Raya KBSK dan Kelas Takmir Dewasa Gabungan Surau Al-Hidayah Kg. Singgahmata, Surau Al-Mawaddah Kg. Nolotan dan Masjid Ar-Rahman Kg. Taiwan telah berlangsung dengan meriah dan penuh ukhuwwah.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Penggerak JAKIM Kota Marudu, Ustazah Natifah serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
KDMRS Muslim turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jemputan dan layanan mesra sepanjang program berlangsung.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Puan Surayah PTA JHEAINS KM, PPMD Ustaz Azalan, YADIM Ustaz Muhsin, Team JHEAINS KM, para imam, pengerusi-pengerusi surau serta penduduk kampung setempat.
Antara pengisian program:
✨ Selawat bersama
✨ Kuiz berkaitan ibadah puasa dan korban
✨ Jamuan ukhuwah bersama masyarakat
Alhamdulillah, program seperti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama masyarakat, malah menjadi ruang memperkukuh semangat menuntut ilmu dan menyemai kasih sayang dalam komuniti.
Semoga ukhuwwah yang terjalin terus berkekalan dan para pelajar terus istiqamah dalam menimba ilmu. Allahumma amin.
