
Alhamdulillah, KDMRS Muslim telah menerima kunjungan hormat daripada Asia Pacific Dawah Trust yang diwakili oleh Junaidi dan Atricia.
Pertemuan ini membincangkan ruang kerjasama yang bakal dijayakan bersama pada masa akan datang, termasuk pelaksanaan program Qurban Pedalaman serta inisiatif dakwah dan kebajikan masyarakat.
Semoga segala perancangan dan persefahaman yang dibina dapat dipermudahkan serta memberi manfaat yang berpanjangan kepada komuniti setempat.
