Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Maal Hijrah 1447H Ranau

KDMRS Muslim
2 2 people viewed this event.

Alhamdulillah, KDMRS Muslim telah berpeluang menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Maal Hijrah 1447H Peringkat Daerah Ranau yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Ranau.

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Ranau dijadualkan berlangsung pada 1 Julai 2025, manakala Mahrajan Kesenian Islam yang melibatkan pertandingan kompang, nasyid, marhaban dan berzanji akan diadakan pada 28 dan 29 Jun 2025.

Mesyuarat ini menghimpunkan pelbagai agensi dan organisasi bagi menyelaras perjalanan program agar sambutan tahun baru Islam kali ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan penuh penghayatan.

Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur atas jemputan dan kepercayaan kepada KDMRS Muslim untuk turut bersama dalam usaha memeriahkan sambutan Maal Hijrah tahun ini.

Semoga segala perancangan dipermudahkan dan program yang bakal berlangsung menjadi asbab penyatuan ummah serta membawa keberkatan kepada seluruh masyarakat Ranau.

 

 

Date And Time

09/06/2025 @ 12:00 AM to
09/06/2025 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah