
Alhamdulillah, Perjumpaan KDMRS Bahagian Pitas bersama Unit Pembangunan Modal Insan KDMRS telah berlangsung dengan baik dan penuh manfaat.
Program ini turut disertai oleh Ustaz Syukri, Pegawai Eksekutif Dakwah KDMRS Bahagian Pitas, bersama barisan ahli dan wakil yang terlibat dalam gerak kerja dakwah kawasan Pitas.
Sesi dimulakan dengan sesi ta’aruf, diikuti pengisian tazkirah, perkongsian pengalaman serta penerangan berkaitan fungsi dan peranan Jabatan Pembangunan Modal Insan KDMRS. Turut dibincangkan pelaksanaan aktiviti seperti program Bina Insan dan pelbagai inisiatif yang selari dengan visi serta misi KDMRS Muslim.
Dalam pertemuan ini juga, Pengerusi KDMRS Kawasan Pitas, Tuan Haji Ismael yang juga merupakan Pengerusi Masjid Pitas, telah mencadangkan agar setiap KDMRS kawasan memulakan sekurang-kurangnya satu projek ekonomi atau usahasama bersama pihak masjid.
Cadangan ini dilihat sebagai langkah strategik dalam menjana sumber dana secara berterusan bagi memperkukuh dan memperkasa gerak kerja dakwah di peringkat kawasan.
Semoga segala perancangan dan usaha yang dibincangkan dipermudahkan serta menjadi asbab kepada perkembangan dakwah yang lebih tersusun, mampan dan memberi manfaat kepada masyarakat.
