
Alhamdulillah, satu mesyuarat akhir telah diadakan bersama beberapa jabatan dan NGO bagi membincangkan persiapan serta penyelarasan Program Maal Hijrah yang dijadualkan berlangsung pada 5 dan 6 Julai 2025.
Perbincangan ini diadakan bagi memastikan setiap perancangan berjalan dengan lancar dan tersusun demi menjayakan program yang bakal menghimpunkan masyarakat dalam suasana penuh penghayatan dan semangat hijrah.
Semoga segala urusan dipermudahkan dan program yang dirancang dapat memberi manfaat serta menyemarakkan lagi syiar Islam dalam kalangan masyarakat setempat.
Â
