Majlis Sambutan Malal Hijrah Peringkat Daerah kota Marudu 1447H/2025M

KDMRS Muslim
3 3 people viewed this event.

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Kota Marudu 1447H/2025M telah berjaya dianjurkan dengan penuh meriah dan bermakna bertempat di Masjid Daerah At-Taqwa, Kota Marudu.

Program ini merupakan anjuran bersama pelbagai pihak melibatkan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti setempat dalam usaha menyemarakkan semangat hijrah dan memperkukuh ukhuwah sesama umat Islam di daerah ini.

Antara pengisian utama yang mendapat perhatian ramai ialah Forum Perdana Ehwal Islam yang menampilkan panel jemputan khas dari Semenanjung Malaysia iaitu:
✨ Ustaz Kazim Elias
✨ Ustaz Abdullah Khairi
✨ Ustaz Nabil Ahmad

Forum ini telah memberikan pengisian ilmiah yang bermanfaat serta menyentuh hati masyarakat dalam membina sahsiah, memperkukuh iman dan meningkatkan motivasi ummah.

Semoga sambutan Maal Hijrah ini menjadi wadah penyatuan ummah, memperkukuh nilai-nilai Islam serta memperbaharui azam dan semangat hijrah ke arah kehidupan yang lebih diberkati dan diredai Allah SWT.

“Hijrah bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi perubahan hati menuju ketaatan kepada Allah.”

 

 

Date And Time

05/07/2025 @ 12:00 AM to
06/07/2025 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah