Kelas Harmoni Mualaf (KHM) – Kota Marudu – Sambutan Hari Asyura 1447H

KDMRS Muslim
4 4 people viewed this event.

Alhamdulillah, Program Sambutan Hari Asyura 1447H bersama Kelas Harmoni Mualaf Kota Marudu telah berjaya dianjurkan dengan penuh meriah dan keberkatan.

Program ini merupakan anjuran bersama JHEAINS Kota Marudu, pelajar-pelajar KHM Surau Al-Falah Kg. Linukaan serta KDMRS Muslim yang diketuai oleh Ustazah Amimi, Pegawai Eksekutif Outreach. Turut sama menjayakan program ini ialah barisan AJKT KDMRS Muslim kawasan Kota Marudu serta penduduk Kampung Linukaan. Kehadiran wakil pelajar KHM Surau An-Nur, Kg. Longob turut memeriahkan suasana.

Antara Pengisian Program:
🎨 Pertandingan mewarna melibatkan kategori kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas
🎁 Pertukaran hadiah antara peserta dan pengunjung
🕌 Solat berjemaah
🥣 Gotong-royong memasak serta pengagihan bubur lambuk

Program ini bukan sahaja menyemarakkan syiar Islam, malah menjadi platform mengeratkan ukhuwah, membina kefahaman serta menyemai nilai kasih sayang dan toleransi dalam komuniti majmuk.

Semoga usaha ini menjadi asbab kebaikan berpanjangan dan membuka ruang kepada lebih banyak inisiatif dakwah dan kebajikan pada masa hadapan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

“Kita berbeza latar, namun disatukan dengan iman.”

 

 

Date And Time

12/07/2025 @ 12:00 AM to
12/07/2025 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah