Ziarah Kasih di Kg. Tanid, Melinsou, Ranau

KDMRS Muslim
9 9 people viewed this event.

Alhamdulillah, program Ziarah Kasih telah dilaksanakan di Kampung Tanid, Melinsou, Ranau sebagai salah satu usaha menyantuni masyarakat rentan serta memperkukuh hubungan antara agensi dakwah dan komuniti setempat.

Ziarah ini diketuai oleh Ustazah Masni selaku Pegawai Eksekutif Outreach KDMRS Muslim Daerah Ranau, dengan kerjasama gabungan dakwah melibatkan agensi seperti JHEAINS, YADIM dan HCFBT.

Program ini memberi tumpuan kepada golongan mualaf yang memerlukan bimbingan, ibu tunggal termasuk yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU), serta komuniti bukan Muslim sebagai usaha membina jambatan kasih dan menyantuni kemanusiaan sejagat.

Inisiatif ini bukan sekadar menyampaikan sumbangan material, malah membawa mesej kasih sayang, keprihatinan serta dakwah dengan penuh hikmah. Melalui sesi ziarah ini juga, pasukan berpeluang beramah mesra, mendengar perkongsian kehidupan serta menyampaikan sedikit pengisian ilmu yang bermanfaat.

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan serta mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat dan agensi dakwah.

 

 

Date And Time

09/07/2025 @ 12:00 AM to
09/07/2025 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah