Kursus Pengurusan Jenazah Kawasan Kundasang, Ranau

KDMRS Muslim
2 2 people viewed this event.

Alhamdulillah, satu Kursus Pengurusan Jenazah telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Masjid Al-Qawiy, Kg Kundasang Lama pada 27 Julai yang lalu. Program ini merupakan anjuran bersama Team Jelajah Dakwah Ranau.

Program ini telah disertai oleh penduduk setempat serta wakil komuniti dari kawasan sekitar. Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan secara teori dan praktikal berkaitan tatacara pengurusan jenazah mengikut sunnah Rasulullah SAW dan hukum syarak.

Penceramah jemputan, Ustaz Ahmad Masnin Abdullah daripada JHEAINS Ranau, telah menyampaikan pengisian dengan jelas dan berkesan, merangkumi proses bermula dari saat kematian, memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan sehinggalah proses pengebumian jenazah.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang hadir serta ahli Team Jelajah Dakwah Ranau yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Semoga ilmu yang diperoleh menjadi bekalan berguna dan memberi manfaat berpanjangan kepada seluruh komuniti setempat.

 

 

Date And Time

27/07/2025 @ 12:00 AM to
27/07/2025 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah