
Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Induk bagi membincangkan pelaksanaan Program Perhimpunan Pendakwah Negeri Sabah Tahun 2025 bertempat di Bilik Hidayah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).
Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras perancangan program secara menyeluruh, termasuk aspek pelaksanaan, pengisian serta kerjasama antara agensi terlibat agar program dapat dijalankan dengan lebih tersusun dan berkesan.
Turut hadir mewakili KDMRS Muslim ialah Puan Nur Alya Humaira Usun Abdullah, selaku Ketua Jabatan Hubungan Strategik KDMRS Muslim.
Semoga segala perancangan yang dibincangkan ini dipermudahkan oleh Allah SWT serta menjadi asbab kepada pengukuhan gerakan dakwah dan perpaduan ummah di Negeri Sabah.
