
Alhamdulillah, telah berlangsung satu mesyuarat perbincangan bagi merancang dan menyelaraskan Program Sentuhan Qalbu yang akan dianjurkan oleh Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Kundasang dengan kerjasama KDMRS Muslim Ranau, YADIM Ranau, JHEAINS Ranau serta Masjid Kg Karanaan, Ranau.
Program ini dijadualkan berlangsung pada 17 Ogos 2025 bertempat di Masjid Kg Karanaan, Ranau.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada penyelarasan atur cara program yang merangkumi ceramah motivasi, pengisian kerohanian serta elemen kebajikan masyarakat. Di samping itu, turut dibincangkan agihan tugas dan peranan setiap organisasi yang terlibat bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program di lapangan.
Kerjasama erat antara semua pihak mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh usaha dakwah dan pembangunan masyarakat setempat.
Semoga Program Sentuhan Qalbu ini berjalan dengan lancar serta memberi impak positif kepada seluruh peserta dan komuniti yang terlibat.
Â
