
Alhamdulillah, telah berlangsung majlis penyerahan 100 naskhah Al-Quran Terjemahan Bahasa Dusun oleh pihak KDMRS Muslim.
Pihak KDMRS Muslim telah diwakili oleh Puan Nur Alya Humaira Usun Abdullah, Ketua Jabatan Hubungan Strategik KDMRS Muslim, bersama beberapa orang kakitangan.
Majlis penyerahan ini telah disempurnakan kepada Prof. Madya Dr. Rozita @ Uji Mohammed, Rektor UiTM Cawangan Sabah.
Inisiatif ini bertujuan untuk memperluaskan akses kefahaman Al-Quran dalam bahasa ibunda, khususnya kepada masyarakat Dusun, di samping memperkukuh usaha dakwah dan pendidikan di peringkat institusi pengajian tinggi.
Semoga naskhah terjemahan ini menjadi asbab hidayah, kefahaman yang lebih mendalam, serta manfaat ilmu yang berpanjangan kepada warga kampus dan komuniti sekitarnya.
Â
