
Alhamdulillah, sesi tadabbur bersama kakitangan KDMRS Muslim telah berlangsung dengan lancar pada hari ini melalui platform Zoom.
Sesi ini menjadi ruang untuk menghayati dan memahami ayat-ayat Al-Quran dengan lebih mendalam, di samping memperkukuh kefahaman serta meningkatkan kesedaran dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab harian.
Semoga setiap perkongsian yang disampaikan memberi manfaat, membentuk jiwa yang lebih tenang, serta menjadi panduan dalam memperbaiki amal dan perkhidmatan kepada masyarakat.
Mudah-mudahan usaha ini terus istiqamah dan diberkati oleh Allah SWT.
Â
