
Alhamdulillah, KDMRS Muslim bersama Tim Jelajah Dakwah Ranau yang terdiri daripada JHEAINS, YADIM dan HCBT telah berkesempatan menziarahi lima keluarga mualaf asnaf di Kg Kilanas, Kawiyan, Ranau.
Ziarah ini membuka mata dan hati — di sebalik kehidupan yang serba sederhana, mereka tetap mempamerkan senyuman penuh syukur. Benarlah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Dalam kunjungan ini, sumbangan berupa bakul makanan, tangki air, kelengkapan paip, beras serta pakaian terpakai telah disampaikan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan. Walaupun tidak seberapa, diharapkan ia dapat membantu meringankan beban kehidupan harian mereka.
Bagi KDMRS Muslim, usaha ini bukan sekadar bantuan fizikal, tetapi juga sebagai tanda bahawa saudara baru tidak pernah dilupakan. Mereka adalah sebahagian daripada ummah yang perlu terus dibimbing, disokong dan disantuni agar kekal kuat dan istiqamah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.
Semoga ziarah ini menjadi asbab bertambahnya semangat dan kekuatan buat mereka, serta membuka lebih banyak ruang untuk kita semua terus menyumbang dalam usaha dakwah dan kebajikan di pedalaman Sabah.
