Ziarah Saudara Baru yang Diuji Sakit

KDMRS Muslim
2 2 people viewed this event.

Pada 9 Ogos yang lalu, Pegawai Outreach Ranau bersama rakan kolaborasi daripada HCBT, YADIM dan JHEAINS telah berkesempatan menziarahi seorang saudara baru yang sedang diuji dengan penyakit Moyamoya Disease di Kg Narawang, Ranau.

Ziarah ini dilaksanakan hasil perkongsian maklumat daripada Ustaz Abdul Halim (JHEAINS Ranau) yang memaklumkan keperluan untuk menyantuni saudara kita ini. Kini, beliau menetap bersama keluarga yang sentiasa setia di sisi dalam menghadapi ujian kesihatan yang berat ini.

Sepanjang ziarah, pihak kami sempat bertanya khabar serta mengenal pasti keperluan yang diperlukan. Sedikit sumbangan barangan asas turut disampaikan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan. Walaupun tidak seberapa, diharapkan ia dapat meringankan beban serta memberi kekuatan untuk beliau terus istiqamah dalam iman.

Ziarah ini mengingatkan kita bahawa dakwah bukan hanya pada penyampaian ilmu, tetapi juga hadir dalam bentuk kasih sayang, sokongan dan kebersamaan ketika saudara kita diuji.

Kami mengajak semua untuk sama-sama mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan, ketabahan hati serta mempermudahkan segala urusan beliau. Semoga setiap usaha kecil ini menjadi asbab kepada rahmat dan keberkatan yang berpanjangan.

 

 

Date And Time

09/08/2025 @ 12:00 AM to
09/08/2025 @ 11:30 PM
 

Lokasi

 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah