Pengukuhan Organisasi KDMRS Muslim 2025

KDMRS Muslim
7 7 people viewed this event.

Dalam usaha memperkasakan struktur dan hala tuju gerak kerja organisasi, KDMRS Muslim telah menganjurkan Program Pengukuhan Organisasi selama dua hari yang menghimpunkan barisan kepimpinan serta pegawai bagi menyelaras visi, strategi dan pelaksanaan program secara lebih tersusun dan berimpak.

Hari Pertama

Program dimulakan dengan Slot “Big Picture KDMRS” yang disampaikan oleh Tuan Haji Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah selaku Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif KDMRS Muslim. Sesi ini memberi gambaran menyeluruh mengenai hala tuju organisasi serta peranan setiap jabatan dalam mencapai matlamat bersama.

Seterusnya, para peserta didedahkan dengan pelbagai pembentangan penting meliputi:

Penyelidikan dan Pembangunan oleh Puan Rs Azira Sulaiman
Pembangunan Modal Insan oleh Tuan Haji Abdul Rahman Kassim
Jabatan Operasi oleh Ustaz Dzulfikry Dumatin
Jabatan Hubungan Strategik oleh Puan Alya Humaira Usun Abdullah

Setiap slot membuka ruang perbincangan dua hala yang membina serta memperjelaskan fungsi dan tanggungjawab setiap unit dalam organisasi.

Hari pertama diakhiri dengan sesi bergambar sebagai simbolik kebersamaan dan komitmen seluruh warga KDMRS Muslim.

Hari Kedua

Program diteruskan dengan pembentangan yang lebih fokus kepada aspek pengurusan dan perancangan strategik organisasi, antaranya:

Jabatan Perkhidmatan Korporat oleh Puan Maryam Muhammad
Sasaran Kerja Tahunan yang memberi penekanan kepada hala tuju dan pencapaian organisasi
Sesi Perkongsian PPP oleh Haji Azhari selaku Konsultan Kanan

Sebagai penutup, ucapan penangguhan Kursus Kepimpinan telah disampaikan oleh Tuan Haji Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah yang menekankan kepentingan kesatuan, disiplin serta kesungguhan dalam menggerakkan agenda dakwah dan pembangunan ummah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Date And Time

19/08/2025 @ 12:00 AM to
20/08/2025 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah