Program Ceramah Perdana & Ziarah Kariah anjuran bersama Badan Dakwah Kota Marudu

KDMRS Muslim
7 7 people viewed this event.

Langkah permulaan yang penuh makna membuka tirai Program Ceramah Perdana & Ziarah Kariah anjuran bersama Badan Dakwah Kota Marudu yang berlangsung di Surau Al-Hanif Langkon.

Ceramah Perdana pada hari pertama telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zul Ramli bin Mohamed Razali dengan pengisian yang menyentuh hati serta memberi pencerahan kepada para hadirin. Program kemudiannya diteruskan dengan Bengkel Pengurusan Jenazah yang memberi pendedahan praktikal kepada masyarakat, di samping aktiviti sukaneka dewasa yang menceriakan suasana dan mengeratkan hubungan sesama peserta.

Dalam masa yang sama, Pegawai Outreach KDMRS Muslim, Ustazah Amimi turut berkesempatan menghadiri mesyuarat berkaitan penganjuran Program Kem Remaja Islam Cemerlang yang dijadualkan pada bulan September nanti.

Program ini akan diteruskan pada hari berikutnya dengan pelbagai pengisian menarik seperti sukaneka kanak-kanak dan kenduri sekampung yang dijangka menghimpunkan lebih ramai penyertaan daripada masyarakat setempat.

Semoga segala perjalanan program ini dipermudahkan dan terus membawa manfaat kepada seluruh komuniti. InsyaAllah.

 

 

Date And Time

23/08/2025 @ 12:00 AM to
23/08/2025 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah