Laporan Program Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk (DMM)

KDMRS Muslim
8 8 people viewed this event.

Alhamdulillah, Program Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk (DMM) anjuran bersama Hidayah Centre Foundation Papar & Kota Kinabalu, KDMRS Muslim dan IKRAM Kawasan Papar telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 22 orang peserta.

Program ini memberi penekanan kepada kefahaman Islam dalam konteks masyarakat berbilang kaum dan agama di Sabah, selaras dengan usaha memperkukuh keharmonian dan persefahaman dalam kalangan komuniti majmuk.

📚 Antara pengisian program:

📖 Keaslian al-Quran
Oleh: Datuk Dr. Zaifuddin bin Md. Rasip
(Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah)

🌏 Memahami Kaum dan Budaya Sabah
Oleh: Dr. Azizul Shamsul bin Marinsah
(Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, UMS)

🤝 Hubungan Muslim dengan Bukan Islam
Oleh: Ustazah Norfarihah Izzati Azzahra binti Adnan
(Pegawai Eksekutif Program KDMRS Muslim)

Program ini bukan sahaja memperkukuh kefahaman agama, malah turut menjadi wadah penting dalam mengeratkan persefahaman antara komuniti demi keharmonian bersama.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang telah menjayakan program ini. Semoga Allah SWT membalas segala sumbangan dengan ganjaran yang berlipat ganda. 🌺

 

 

Date And Time

25/08/2025 @ 12:00 AM to
25/08/2025 @ 11:30 PM
 

Lokasi

 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah