
Alhamdulillah, satu program ziarah dakwah telah berjaya dilaksanakan di Kg. Gunsapou, sebuah kawasan pedalaman yang bersempadan dengan daerah Kota Marudu.
Ziarah ini bertujuan untuk menyantuni serta memberi sokongan kepada saudara baru di kampung tersebut, di samping mengimarahkan surau sebagai pusat ibadah dan aktiviti masyarakat. Selain itu, usaha turut diambil untuk membentuk jawatankuasa surau baharu bagi memperkukuh pentadbiran serta menggerakkan program-program keagamaan secara lebih tersusun.
Sepanjang program berlangsung, pelbagai sesi perbincangan dan pengisian telah diadakan bersama penduduk kampung. Alhamdulillah, ziarah ini mendapat sambutan yang amat baik serta kerjasama erat daripada masyarakat setempat.
Semoga usaha ini menjadi titik permulaan dalam memperkukuhkan peranan surau sebagai pusat pembangunan ummah, serta meningkatkan kefahaman Islam dalam kalangan saudara baru dan seluruh komuniti Kg. Gunsapou.
InsyaAllah, diharapkan akan ada lebih banyak peluang untuk melaksanakan program susulan di kampung ini pada masa akan datang.
Â
