Program Jalinan Kasih Bersama Masyarakat Kg. Paka Kawiyan

KDMRS Muslim
4 4 people viewed this event.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Program Jalinan Kasih Bersama Masyarakat Kg. Paka Kawiyan telah berjaya dilaksanakan dengan penuh jayanya selama 3 hari 2 malam. Program ini menghimpunkan pelbagai pengisian yang merangkumi aspek pendidikan, kebajikan serta riadah dalam usaha mendekati dan memperkasa masyarakat setempat.

Program ini turut menjadi platform pendedahan kepada Perantis Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Dakwah Islam yang terdiri daripada pelajar IPDAS Kampus Kudat. Melalui penglibatan ini, para pelajar berpeluang menimba pengalaman lapangan serta mempraktikkan ilmu dakwah secara langsung dalam suasana masyarakat sebenar.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan termasuk perkongsian ilmu, kelas agama, gotong-royong, ziarah masyarakat serta aktiviti sukan dan riadah. Kesemua aktiviti ini bukan sahaja memberi manfaat kepada peserta, malah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak penganjur dan penduduk kampung.

Sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat Kg. Paka Kawiyan jelas mencerminkan semangat kebersamaan dan keterbukaan dalam menjayakan program ini. Kehangatan layanan serta sokongan yang diberikan telah menjadikan program ini lebih bermakna dan memberi inspirasi kepada semua yang terlibat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh penduduk Kg. Paka Kawiyan atas kerjasama dan komitmen yang diberikan. Semoga jalinan kasih yang terjalin ini terus subur, seterusnya memperkukuh ukhuwah Islamiah dan membawa kebaikan berpanjangan kepada semua.

 

Date And Time

22/09/2025 @ 12:00 AM to
25/09/2025 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah