Program Kem Remaja Islam Cemerlang 2025

KDMRS Muslim
5 5 people viewed this event.

Dengan lafaz Bismillah dan Alhamdulillah, Program Kem Remaja Islam Cemerlang 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama pelbagai pihak iaitu JHEAINS Kota Marudu, PPD Kota Marudu dan Persatuan Siswazah Sabah.

Program ini melibatkan penyertaan para remaja dengan pengisian yang berfokus kepada pembinaan jati diri Muslim, pengukuhan ibadah serta penghayatan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.

Dalam program ini juga, Ustazah Amimi, Pegawai Outreach Kota Marudu, telah dijemput oleh Persatuan Siswazah Sabah untuk menyampaikan perkongsian berkaitan ibadah serta menjayakan slot Tahsin Al-Quran bersama para pelajar.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala ilmu dan perkongsian yang disampaikan menjadi asbab kebaikan serta menguatkan perjalanan kita menuju keredhaan Allah SWT dan dipertemukan di Jannah kelak, insyaAllah. Aamiin.

 

 

Date And Time

05/09/2025 @ 12:00 AM to
07/09/2025 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah