
Simposium berprestij bertemakan “Bahasa Melayu Mengangkat ASEAN” ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, dan menghimpunkan para cendekiawan serta pencinta bahasa dari pelbagai negara ASEAN dan antarabangsa termasuk Korea, China, Ghana, Kalimantan, Singapura dan lain-lain.
Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa serantau yang berwibawa serta memartabatkan warisan budaya di peringkat antarabangsa.
Antara pengisian istimewa simposium ini ialah persembahan deklamasi puisi bertajuk “Anak Rungus, Suara Bangsa” oleh Nur Alya Humaira Usun Abdullah, yang mewakili Negeri Sabah melalui NGO KDMRS Muslim.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen dalam mengangkat suara budaya dan identiti tempatan ke pentas antarabangsa, di samping menyemarakkan kecintaan terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan perpaduan.
