Mesyuarat Simposium Dakwah Sabah 2025 Kali Ke-3

KDMRS Muslim
2 2 people viewed this event.

Alhamdulillah, Mesyuarat Simposium Dakwah Sabah Kali Ke-3 bagi tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 22 Oktober 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat YADIM Sabah.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil daripada pelbagai agensi dan pertubuhan, antaranya KDMRS Muslim, JHEAINS, Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS), USIA, Hidayah Centre Foundation (HCF) Sabah, IKRAM Sabah, ABIM Sabah, Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) Sabah serta YADIM Sabah selaku tuan rumah.

Turut terlibat sebagai rakan kerjasama dalam menjayakan simposium ini ialah CONCERN, HALUAN Sabah, Tarbiyatun Nisa’, Pertubuhan Rungus Wanita Mualaf, Fakulti Pengajian Islam UMS serta WADAH Sabah.

Penglibatan pelbagai pihak ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuhkan usaha dakwah di negeri Sabah secara bersepadu, sekali gus memperlihatkan semangat kolaborasi yang tinggi dalam kalangan organisasi yang terlibat.

Diharapkan hasil mesyuarat ini dapat memperkemaskan perancangan serta memastikan pelaksanaan Simposium Dakwah Sabah 2025 berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

 

 

Date And Time

22/10/2025 @ 12:00 AM to
22/10/2025 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah