
Team Media KDMRS Muslim telah melaksanakan ziarah santai dalam rangka menyantuni komuniti setempat di Kota Marudu.
Dalam kunjungan ini, team berkesempatan berinteraksi bersama seorang sahabat non-Muslim dalam suasana santai sambil mengeratkan silaturahim. Selain itu, turut diadakan penyerahan sumbangan bakul makanan serta naskhah Terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Dusun sebagai salah satu usaha dakwah berhikmah.
Pendekatan santai dan mesra ini diharapkan dapat membuka ruang kefahaman yang lebih baik serta membina hubungan yang harmoni antara masyarakat berbilang latar.
Diharapkan usaha seperti ini dapat diteruskan dalam memperkukuhkan ukhuwah serta menyebarkan nilai-nilai kebaikan dalam komuniti setempat.
Â
