
Alhamdulillah, misi ziarah kali ini menyaksikan Team Media KDMRS Muslim turun padang bagi menyantuni golongan mualaf serta asnaf di kawasan pedalaman Sabah.
Program ini dilaksanakan sebagai usaha berterusan dalam memperkukuhkan kebajikan komuniti melalui pendekatan ziarah ke rumah, di samping menyampaikan sokongan dan keprihatinan kepada mereka yang memerlukan.
Pelaksanaan misi ini turut dibantu oleh Ustaz Zulkarnain, Pengerusi AJKT KDMRS Muslim Daerah Kudat, yang telah banyak membantu melancarkan perjalanan serta urusan penyelarasan sepanjang program berlangsung.
Diharapkan usaha ini dapat diteruskan secara konsisten dalam memperkukuhkan ukhuwah serta menyantuni masyarakat dengan lebih berkesan dan berhemah.
Â
