Program Dakwah dalam Masyarakat Majmuk

KDMRS Muslim
2 2 people viewed this event.

Program Dakwah dalam Masyarakat Majmuk telah berjaya dilaksanakan di Masjid Al-Taqwa, Keningau dengan penyertaan seramai 50 orang peserta daripada pelbagai latar belakang.

Program ini dianjurkan dengan tujuan memupuk kefahaman Islam yang harmoni serta mengukuhkan hubungan silaturrahim dalam kalangan masyarakat majmuk. Pengisian program disampaikan melalui lima slot utama yang memberi penekanan kepada hikmah dalam berdakwah, teknik penyampaian berdasarkan pengalaman lapangan, serta peranan bersama dalam membina kesejahteraan masyarakat.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada rakan NGO Islam iaitu Gabungan Dakwah Malaysia (GDM), Hidayah Centre Foundation (HCF) Sabah serta IKRAM Papar. Penglibatan rakan strategik ini telah memperkayakan perkongsian ilmu dan pengalaman sepanjang program berlangsung.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak masjid, para penceramah, sukarelawan, peserta serta para penyumbang yang telah memberikan sokongan dari segi masa, tenaga dan sumbangan kewangan dalam menjayakan program ini.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam memperkukuh usaha dakwah serta membina masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

 

 

Date And Time

08/11/2025 @ 12:00 AM to
08/11/2025 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah