Kelas Harmoni Mualaf Daerah Ranau

KDMRS Muslim
2 2 people viewed this event.

Kelas Harmoni Mualaf (KHM) di Kg. Kokob, Ranau yang dikendalikan oleh Ustazah Masni, Pegawai Outreach KDMRS Muslim Ranau, telah beroperasi selama dua bulan dengan penyertaan yang memberangsangkan daripada komuniti setempat.

Program ini diwujudkan sebagai inisiatif bagi memperkukuh kefahaman Islam dalam kalangan saudara baru melalui pengisian pembelajaran yang merangkumi bacaan Al-Quran, tadabbur ayat-ayat suci serta asas-asas fekah sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Selain menjadi platform pembelajaran, kelas ini turut berperanan sebagai medium membina jati diri, meningkatkan keyakinan beragama serta mengeratkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat Islam di Kg. Kokob, Ranau.

Diharapkan usaha ini dapat diteruskan secara konsisten dalam melahirkan komuniti mualaf yang lebih berilmu, berkeyakinan dan istiqamah dalam menghayati ajaran Islam.

 

 

Date And Time

10/11/2025 @ 12:00 AM to
10/11/2025 @ 11:30 PM
 

Lokasi

 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah