
Alhamdulillah, misi Ziarah Mualaf dan Penyerahan Bakul Makanan telah diteruskan di Kg. Laya-Laya, Tuaran sebagai kunjungan rumah kedua pada hari tersebut oleh Team Media KDMRS Muslim.
Program ini bertujuan untuk menyantuni golongan mualaf dan asnaf di samping menyampaikan bantuan keperluan asas bagi meringankan beban kehidupan mereka.
Pelaksanaan program ini turut dibantu oleh Ustaz Yunus, Pengerusi AJKT KDMRS Muslim Tuaran, yang telah memudahkan urusan perjalanan serta penyelarasan sepanjang sesi ziarah berlangsung.
Diharapkan setiap usaha yang dilaksanakan ini dapat menjadi tanda kasih sayang, seterusnya memperkukuhkan ukhuwah dan hubungan persaudaraan dalam kalangan komuniti.
Â
