Ziarah Mualaf dan Asnaf Pedalaman Sabah

KDMRS Muslim
3 3 people viewed this event.

Alhamdulillah, misi Ziarah Mualaf dan Penyerahan Bakul Makanan telah berjaya dilaksanakan dengan lancar di Kg. Panjut, Tuaran. Program ini bertujuan menyantuni golongan mualaf dan asnaf di kawasan pedalaman di samping menyampaikan bantuan keperluan asas bagi meringankan beban mereka.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ustazah Zubaidah, Setiausaha AJKT Muslim Tuaran, atas sokongan dan bantuan yang telah diberikan dalam menjayakan urusan misi ziarah oleh Team Media KDMRS Muslim. Kerjasama yang diberikan telah memastikan pelaksanaan program berjalan dengan teratur dan berkesan.

Diharapkan usaha ini dapat diteruskan secara berterusan dalam memperkukuhkan ukhuwah serta menyantuni komuniti yang memerlukan.

 

 

Date And Time

14/11/2025 @ 12:00 AM to
14/11/2025 @ 11:30 PM
 

Lokasi

 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah