Majlis Konvensyen Mualaf MADANI & Pentas Akhir Inspirasi Mualaf (MAIWP)

KDMRS Muslim
3 3 people viewed this event.

KDMRS Muslim telah berkesempatan menghadiri Majlis Konvensyen Mualaf MADANI & Pentas Akhir Inspirasi Mualaf (MAIWP) yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.

Majlis ini menghimpunkan barisan pimpinan dan tokoh penting dalam usaha memperkasa agenda pembangunan mualaf di Malaysia, antaranya Tuan Haji Kamaldin bin Damin (Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAWI) serta Datuk Prof. Madya Ts Taufik Yap Yun Hin, bersama Ustaz Tarmizi Yahya (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP).

Kehadiran KDMRS Muslim dalam majlis ini turut memberi ruang untuk mengeratkan hubungan strategik serta menyokong usaha berterusan dalam memperkasa komuniti mualaf di peringkat nasional.

Diharapkan penglibatan ini dapat memperkukuhkan jaringan kerjasama serta membuka lebih banyak peluang kolaborasi pada masa akan datang.

 

 

Date And Time

19/11/2025 @ 12:00 AM to
19/11/2025 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

Share With Friends

Scroll to Top

Sertai Qurban Pedalaman Sabah