
Alhamdulillah, Kelas Harmoni Mualaf (KHM) telah dilaksanakan seperti biasa di Surau Al-Falah, Kg. Linukaan, Kota Marudu dengan penyertaan para pelajar mualaf dalam suasana pembelajaran yang aktif dan harmoni.
Pada sesi kali ini, pengajaran dan pembelajaran memberi fokus kepada bacaan Iqra’ secara individu, di samping sesi soal jawab berkaitan asas kefahaman Islam serta perbincangan isu-isu semasa. Para pelajar turut menunjukkan minat yang baik dalam memahami keadaan semasa berkaitan ilmu agama.
Secara keseluruhannya, terdapat peningkatan yang memberangsangkan dalam bacaan Iqra’ dalam kalangan pelajar, hasil daripada bimbingan berterusan yang dijalankan.
Pihak KDMRS Muslim turut merakamkan penghargaan kepada para pelajar yang membawa makanan, yang telah menambah kemeriahan suasana kelas. Semoga segala kebaikan tersebut diberkati dan diluaskan rezeki mereka.
